Berkenaan Comel Food Sdn Bhd
Comel Food Sdn Bhd telah beroperasi dari tahun 2011 sehingga sekarang di Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia mula mengeluarkan Kuih Pau diikuti dengan Bahulu Berinti, Dim Sum dan Krunchy Karamel. Kuih Pau dibekalkan dan dijual kepada operator-operator kantin, hospital serta kedai-kedai makan di seluruh Malaysia kebanyakkannya di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memperbaiki dan menambah baik perkhidmatan dan produk Comel Food dari mula ia ditubuhkan sehingga sekarang secara berterusan. Comel Food telah mengikuti latihan-latihan dan bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan seperti KPNDKK, KKLW, KBS, PNS, MOA, Perbadanan Putrajaya, DBKL, MPSJ, SME Bank, SME Corp dan banyak lagi di dalam menambah baik perkhidmatan dan produk. Dengan Sijil Halal dan MESTI, para pelanggan boleh menikmati produk keluaran Comel Food dengan tenang dan tanpa ragu.
Pau, Bahulu
Krunchy Karamel & Dim Sum
No comments:
Post a Comment